Pelacur Termahal Dunia

Posted: 11 Maret 2010 in Uncategorized
Tag:, ,

BAYANGKAN berapa agaknya bayaran yang diperoleh oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood jika mereka menjadi pelacur?

Kristin Davis yang terkenal dengan gelaran ‘ibu ayam Hollywood’ ada senarainya. Dalam satu temu bual dengan majalah Steppin’ Out, bos agensi teman sosial Wicked Models itu meletakkan harga bagi selebriti-selebriti jelita seperti Britney Spears, Katie Holmes, Angelina Jolie dan Paris Hilton jika mereka mahu memperdagangkan tubuh badan.

Katanya, bayaran buat Katie Holmes boleh mencecah AS$3,000 (RM10,438) sejam.

“Katie Holmes sangat menarik kerana dia mempunyai wajah gadis kolej Amerika. Bayaran untuk khidmatnya sebagai pelacur boleh mencecah RM8,699 hingga RM10,438 sejam,” kata ibu ayam itu yang pernah ditahan polis angkara skandal pelacuran membabitkan bekas Gabenor New York, Eliot Spitzer.

Menurut Davis, Angelina Jolie akan berada di tangga pertama dalam senarainya.

“Jika Angelina Jolie menjadi pelacur dialah yang bakal menjadi nombor satu dalam senarai ‘anak ayam’ saya. Saya letak harganya sebanyak RM6,959 sejam tetapi anda tidak boleh melanggannya kecuali anda menempahnya selama empat jam. Ini bermakna khidmat Angelina hanya boleh diperoleh jika anda sanggup membayar secara pakej sebanyak RM27,836.”

Menyentuh mengenai Britney Spears pula, ujarnya, disebabkan Britney sudah berjaya memulihkan imejnya, maka harga Britney juga mencecah RM6,959 sejam.

“Tapi semasa dia botak dulu, harganya boleh berkurangan hanya RM3,480 sejam,” tegas Davis.

Menyentuh pula mengenai bekas calon naib presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin, kata Davis, dia tidak layak untuk menjadi pelacur di bawah kelolaannya.

“Sarah Palin comel, tetapi bukan untuk pelanggan-pelanggan saya. Dia boleh bekerja untuk agensi yang mengenakan bayaran lebih murah, mungkin RM1,043 sejam,” ujarnya.

Sementara Paris Hilton dan Melania Trump pula bernilai RM6,959 sejam.

Davis yang dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bakal menerbitkan bukunya yang berjudul The Real Sex in the City: True Tales of the Manhattan Madam, yang mengandungi senarai nama ahli politik berpengaruh, selebriti, doktor, peguam dan ahli-ahli bisnes kaya yang pernah menjadi pelanggan pelacur-pelacur di bawah agensi yang dikendalikannya.

sumber:KOSMO

Komentar
  1. SeLaNgOR mengatakan:

    jangan jadi pelacur

  2. mapays mengatakan:

    hahaha…
    tuan selangor bisa saja.
    saya kan cuma mengutip artikel,
    saya bukan pelacur.
    terima kasih nasehatnya utk teman2 yang lain.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s